SMART MEDICAL DEVICES
Tahukah anda? Peranti perubatan di rumah yang mempunyai fungsi sambungan tanpa wayar seperti Bluetooth atau Wi-Fi juga memerlukan label MCMC. Seiring dengan peningkatan dan penambahbaikan dalam penggunaan teknologi kesihatan pintar, pengguna dinasihatkan agar lebih peka terhadap keselamatan dan kestabilan peranti yang digunakan.
Peralatan seperti monitor tekanan darah Bluetooth, oximeter pintar dan alat bantuan pendengaran digital bukan sahaja perlu tepat dari segi perubatan, malah frekuensi radio yang dipancarkan mestilah mematuhi piawaian kebangsaan. Pastikan anda menyemak label MCMC di peranti atau membuat semakan melalui aplikasi Check Your Label sebelum melakukan sebarang pembelian.