Check Your Label

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Malaysian Communications and Multimedia Commission

Apakah itu Check Your Label?

Lihat video

Check Your Label (CYL) adalah kempen untuk mewujudkan kesedaran dikalangan pengguna tentang pentingnya membeli peralatan komunikasi yang mempunyai Label MCMC yang sah. Kempen ini juga bertujuan mendidik pengguna mengenai kaedah untuk menyemak kesahihan Label MCMC dengan menggunakan aplikasi mudah alih Check Your Label atau melalui laman web yang disediakan.

Apakah itu Label MCMC?

Label MCMC adalah tanda pemerakuan wajib bagi menunjukkan bahawa peralatan komunikasi telah diperakukan mematuhi standard mengikut Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000.

  1. Label baru telah berkuatkuasa pada 1 Jun 2015.
  2. Terdapat dalam bentuk elektronik atau fizikal.
    • Label Elektronik (e-label) yang disimpan dalam sistem pengendalian peranti / firmware.
    • Label Fizikal iaitu tanda permerakuan yang dicetak pada pelekat yang dilekatkan pada peralatan atau tanda pemerakuan tersebut ditimbul, diukir atau dicetak pada permukaan peralatan.
Semak Label Anda Sekarang!

Mengapa peralatan komunikasi perlu berlabel?

Tanda pemerakuan wajib

Tanda pemerakuan wajib untuk menunjukkan peralatan komunikasi telah diperakukan seperti yang dikehendaki di bawah Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Teknikal Standard) 2000

Tidak selamat

Penggunaan peranti komunikasi yang tidak disahkan: -
Kesalahan di sisi undang-undang
Mungkin merbahaya
Boleh menyebabkan gangguan frekuensi

Terlarang

Peralatan komunikasi tanpa Label MCMC mungkin palsu / klon atau haram untuk digunakan (cth. WiFi cracker, jammer frekuensi)

Apakah risiko menggunakan peralatan yang tidak diperakukan?

Unsafe

Kejutan elektrik

Degrade

Menjejaskan kualiti perkhidmatan yang diterima daripada penyedia perkhidmatan komunikasi

Interference

Gangguan frekuensi kepada rangkaian perkhidmatan komunikasi

Cloned

Peralatan komunikasi yang dibeli mungkin palsu / klon atau terlarang

Apakah kesalahan dan hukuman?

PERATURAN KESALAHAN HUKUMAN
PERATURAN Peraturan 15 KESALAHAN

Reka bentuk, pemasangan, operasi, penyelenggaraan atau pengubahsuaian peralatan komunikasi yang bertentangan dengan standard atau mungkin menyebabkan interoperabiliti / gangguan / keselamatan

HUKUMAN Jika disabitkan kesalahan, denda tidak melebihi RM300,000 atau penjara tidak melebihi tiga (3) tahun atau kedua-duanya
PERATURAN Peraturan 16 KESALAHAN

Penggunaan, tawaran untuk jualan atau penjualan peralatan komunikasi yang bertentangan dengan piawaian, tidak diperakui atau tidak lagi mematuhi piawaian

HUKUMAN Jika disabitkan kesalahan, denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi enam (6) bulan atau kedua-duanya